first entry untuk tahun 2016 kan?
alhamdulillah, bulan januari,februari,mac,segalanya ok . masuk april, dugaan datang .
memandangkan kucing aku disahkan dijangkiti "sporo" so, aku ade la baca, cari info, tanya pelbagai isu tentang sporo . ternyata kebanyakannya hanyalah penerangan umum . bertanya kat fb sana sini tp tak semua menjawab persoalanku . jadi, aku harap entry aku kali ni cukup berguna untuk pemilik kucing , atau sesiapa yg mencari tips penjagaan kucing sporo.
kucing aku namanya "nakame" tp aku biasa panggil kame . aku bela dari kecil, diambil dari quarters tempat aku bekerja . hampir 2 tahun menjaga, hati mmg dah terlalu sayang .tambahan si kame ni manja sangat,wlupon keras dan liar .
ceritanya bermula kame bergaduh dengan kucing satu taman .abes luka kat bawah lengan dia . aku cuma isi gamat . alhamdulillah baik . kali kedua gaduh, aku isi gamat, tp kadang terleka , dan terabai , smpai tangannya (kaki depan) bengkak.aku pegang terasa panas (tanda ada inflamation), cecepat aku bawak kame pergi vet .
 |
nampak ?? luka tu berkuping, tapi sekali doc tarik kupingnya, keluar abes nanahnya . |
 |
lepas tu doc picit dan lurutkan nanah tu sampai keluar darah merah .
|
balik dari vet,mcm biasa la. doc bagi antibiotik,ubat luka/bengkak dan vit .beberapa hari selepas tu aku pon balik kampung . (cuti sekolah)
masa kat kg ni lah , kame bergaduh lagi...dengan kucing jantan mak aku .
 |
abang kawasan |
masih berbaki luka dilengan kame masa aku balik kg tu. mak aku pulak ade kucing dia mati kerana sporo. tp sangkarnya dah dicuci dengan clorox. bukan sangkar besi ye. bapak aku buat sngkar dari kayu . yg boleh muat 3-4 org dalam sangkar tu .disebabkn kame asek bergaduh, aku masukkan kame dalam sangkar tu sbb aku confident kuman sporo dah xde.
balik dari kg, ade penambahan luka pada badan kame . tp aku sangka itu luka dari bergaduh dengan kucing mak aku .
 |
nampak tak atas belakang dia tu ? itu yg paling ketara.
|
 |
yg bulatan pink tu, luka dr kat kg, bulatan kuning tu selepas 2 mggu balik dr kg. |
 |
yg ni kusangkakan luka kesan dari bergaduh |
letak ubat gamat , nak dekat 2 mggu lebih tak baik2. aku pon google, sekali rupanya kame disyaki dijngkiti sporo.
CIRI-CIRI LUKA SPORO ?
*lukanya berkawah dan berair
*kadang akan nampak benjolan kecil2 sblom ianya pecah menjadi luka berair
*selalunya luka atau kudis sporo dapat dilihat dihidung , kaki, mata atau ekor
*sesetengah kucing akan disertai dengan tanda-tanda demam, hilang selera makan dan kelesuan.
RAWATAN SPOROSIS
*Sporothrix ialah fungus dan bukannya bakteria. Rawatan menggunakan antibiotik adalah tidak efektif.
*sporo boleh menjangkiti manusia, jadi kawalan yg ketat diperlukan , kurung dan asingkan dari kucing lain .
*Haiwan yang menghidapi Sporo tidak boleh mengambil ubatan berunsur steroid.
*antara ubat yg sering diguna untuk merawat sporo sporonox,ketoconazole dan intrafungal, dos pengambilan bergantung kepada berat badan kucing . (refer kepada vet)
*ubat sporo akan memberi kesan kepada hati , oleh itu perlulah memberi vitamin seperti liv-25 himalaya bagi melindungi dari kerosakan hati.
*pemberian multivitamin yg kaya dengan omega 3 & 6 dapat membantu proses penyembuhan .
*tempoh penyembuhan minima adalah selama 3 bulan , bergantung kepada keadaan dan tahap luka kucing tersebut
*selain dari ubat antifungal, tablet pills serta multivitamin , terdapat juga alternative lain bagi mengubati sporo. antaranya :
 |
daun rerama,daunya direbus,dan diberu kucin minum |
 |
lendirnya disapu pada luka sporo |
 |
cmd...ade yg kata berkesan |
 |
TF jugak bagus bagi meningkatkan imun kucing
|
BAGAIMANA CARA AKU MERAWAT NAKAME ?
pertama sekali, penting , utk aku asingkan dia dari kucing lain . aku berikan ubat seperti yg dipescribekan oleh veterinar .
kalau boleh , dan rasa patut, cukur disekeliling bahagian luka kucing .
sediakan barangan keperluan untuk mengendalikan kucing seperti :
 |
sangat penting utk protect diri sendiri ya |
setiap kali nak pegang nakame , aku akan pakai instant hand sanitizer, xpon nak selamat lagi (double protection ) pakai glove sbb kucing ade kuku yg tajam .
cuci tangan sebelum dan selepas pegang atau bagi makan atau senang kata apa2 yg berkaitan kame, aku akan basuh tgn apply hand sanitizer.
mcm nakame , dia seekor kucing yg tak mesra alam (klu dia sendiri yg tak nak mesra dengan kita)
jadi , proses untuk bagi ubat sangatlah mencabar bagi aku . ade beberapa cara utk bg ubat . bagi pill, klu nak suruh dia telan cmtu, ada caranya , tp better mtk tunjuk ajar dr vet atau search you tube.
mcm aku, aku akan hancurkan , dan campurkan dalam wetfood dia . bagi makan force feed . kenapa force feed? selalunya pill tablet, bila terkena air, dia akan mnjadi pahit. dan kucing tak akan suka rasa yg pahit.waima bagaimanapun , korang boleh sesuaikan dengan cara korang sendiri . sbb lain kucing lain cara kan ?
 |
pill intrafungal dan vit aku masukkan skali . |
ada yg sarankan utk menggunakan bedung . tapi aku ada terbaca , jika kite bedung kucing, cecair luka akan melekat pada kain. lepastu kain tu kite tak basuh . kite guna lagi utk keesokan harinya . tak mustahil luka sporo takkan kembali pulih sbb kuman yg melekat pada kain akan melekat kembali pada kucing kita . melainkan uols guna kain yg berlainan setiap kali bedung .
 |
ini multivitamin yg aku bagi nakame . |
PART II
hampir sebulan aku treat nakame . luka nakame bermula masa cuti sekolah bulan 3, aku detect sporo beberapa minggu selepas tu . awal april aku mula bagi rawatan proper (sblom tu letak gamat je tp tak baik baik) .
alhamdulillah aku ada nampak perubahan positif pada luka dia..tapi malangya ada penambahan luka baru . (nampak sangat jaga tak betul)
pada awalnya, aku force feed si kame . tp laki aku dengan selamber je penyekkan pill tu pastu cmpur ngan wetfood. alhamdulillah licin kame makan . so , dah tak payah force feed dan tak payah bedung ngn kain ( senang keje)
 |
doc bagi itraconazol, sori gambar tak clear. |
untuk kame , doc suh bagi 1/2 biji sekali sehari. berat kame dlm 2@3 kg.
 |
yg ni plak ubat krim. utk sapu kat luka dia. FUNGOTEK CREAM . |
klu nak beli kat farmasi pon boleh, tapi pastikan ubat krim tu ANTI STEROID ok . masa 2nd time follow up check up kame , doc suggest spray ape ntah , yg mcm air . aku guna, esoknya luka kame klua cecair mcm nanah . so, nasihat aku , JANGAN GUNA UBAT YG JENIS AIR . aku tak pasti lah ubat tu mmg tak berkesan atau doc tu lahabau bagi aku ubat yg dia dah guna . tak sterile okeyh ! kuangajo. (geram smpai arini)
utk supliment dia , aku cuma bagi TF (transfer factor ), supliment hati , dengan scott emulsion . scott emulsion tu original flavour tau . jangan korang g beli yg perisa oren pulak . cara bagi tu , contoh,
pagi aku bg :
itraconazol + wetfood
tghri aku bagi :
scott (satu sudu kecil) + wetfood
ptg atau malam aku bg :
pulak tf + wetfood.
antara scott dengan ubat hati tu, aku selang sehari. contoh harini bagi scott, esk aku tukar bg ubat hati tu. klu kucing boleh makan secara normal, tak perlu force feed . hehee
 |
beli yg xde flavour tau |
 |
nama ubat ni denamarin. supliment utk hati |
dari segi popo dan peepee dia, kebanyakan aku google , depe cakap jangan gune pasir . alas surat khabar pastu biarkn dia berak (sori selesa gune ayat berak) atas surat khabar tu. dah berak , kite kene cecepat bersihkan pastu sembur ngn clorox, lap bagi bersih . TAPI KAN , yg bekerja tak tentu kala ni mcm mana ? mesti susah kan ? so aku buat inisiatif sendiri. terpulang uos nak pakai pasir atau kristal atai pinewood atau apa apa medium sekalipon, tapi, dengan syarat, nampak je dia kencing atau berak, trus tukar pasir .
mcm aku, aku standby 3@4 sesiap bekas tandas dia. aku guna pasir , kadang kristal (tgk bajet) ,aku nampak je ade taik atau dia kencing, aku trus buang pasir tu, pastu tukar bekas dan pasir baru. bekas dia tu aku bersihkan guna sabun + clorox,pastu jemur kasi kering.. mcm tu jugak sangkar, bekas air, bekas makanan . SALIN DAN BASUH SETIAP HARI.]
 |
ni pada awal bulan 4 . nmpak luka bawah mata ? |
 |
ni hujung bulan |
 |
ni awal may. gambar blur kame tak duduk diam . |
kadang jujur aku cakap, putus asa nk jaga dia. dek kerana waktu keje aku shift ptg,pagi,malam.tp stiap kali nak give up, aku ckp kat diri aku, relax, kame cuma sakit kulit . bukan serius sangat . jaga leklok insyaallah baik . penat tu, usah cakap lah . smpai laki aku pon naik jeles. balik keje , letak je handbag, bukak uniform, trus terkam uruskan nakame .
nanti aku update lagi ye . tp lain entry la . hehee . semoga kite semua terus tabah menjaga kucing sporo.
kite update yg gambar terbaru, 10 mei 2016
tgk perbezaan april dan may ye :)
 |
ni bulan april |
 |
ni bulan may |
update terbaru si nakame ni , sekarang nakame dah duduk dengan keluarga baru . dan dah bebas sporo . alhamdulillah , masa usaha duit yang diluangkan dan dihabiskan berbaloi . nakame sihat seperti sediakala .
jom kite layan gambar kame yang terbaru . tapi takde gambar muka sbb nakame payah nak ajak berselfie . parut parut dari luka sporo tidak ditumbuhi bulu tapi terlindung oleh bulu bulu disekitarnya .