Saya ingin berkongsi kebaikan menggunakan Produk Shaklee. Saya juga ingin berkongsi pengalaman sela

Saturday, February 15, 2020

PIG TAILS CATHETER INSERTION

Assalamualaikum pembuka bicara. wahh gittew.

aku baru je lepas menjalani prosedur pig tail catheter insertion. bagi yang belum tahu, aku ada ovarian cyst sejak 2013. Pernah buat Laparoscopic (prosedur yang kene tebuk 3 tempat tu ) tahun 2015 tapi end up laparotomy (kene belah mcm c-sec ) sebab doc kata lemak banyak, prosedur jadi complicated.

beberapa tahun berlalu, cyst aku masih membesar. so doc suggest untuk pig tail insertion memandangkan aku tak nak lagi proceed untuk IVF. ade pro and cons utk prosedur ni. 

kelebihan : for sure kesakitan yg tertaggung adalah kurang berbanding kalau laparoscopy/tomy. kedua, luka pun tak adalah besar .complication dia pun kurang.

kelemahan : dia tak buang habis which is keberangkalian untuk berlaku lagi sangatlah tinggi.dan tak semua cyst dia boleh sedut. komplikasi dia mungkin tercucuk organ lain. 

macam kes aku, cyst yang dia nak tebuk tu betul-betul hadapan rahim. jadi.doc tebuk kat bawah pusat,jarum tu terus directly masuk dalam kantung cyst tu.

oh ya, lupa nak bagitau. cyst aku ni berwarna coklat dan sangat pekat.pertama kali tebuk tak berjaya sedut sebab doc guna jarum kecil (size 7). kali ke dua buat baru berjaya . (guna jarum size 10)

dari segi preparation tiada apa-apa yang luar biasa pun.sebab doc pun hanya bius setempat.prosedur yang dijalankan tu pun dalam keadaan sedar dan kau boleh rasa . yup !  kau boleh rasa ! haha. tapi aku tak pastilah kalau hospital lain. aku buat kat salah satu general hospital area johor bahru.

at first aku tak dimasukkan ke ward pun. atas doc /patient. ada yg nak balik terus, ada yg dimasukkan ke wad. klau dimasukkan ke ward, itu hanya utk pemantauan sahaja. tp bagi aku, lebih baik berada di bawah pemantaun doc kan? kalau apa apa jadi, at least boleh terus rujuk pada doc.

so, pada hari kejadian, aku walk in ke unit x-ray, prosedur dijalankan dalam kurang dari 2 jam. nak kata tak sakit, tipu lah . rasa juga. tapi tak ada lah sakit sangat. so so jelah ek. rasa sakit selepas pembedahan laparotomy lagi seksa kot.

bila dah pasang pigtail, aku ada rasa pening dan mual . mungkin kesan dari ubat bius . lepas je selesai prosedur tu, aku dimasukkan ke ward. total darah yang keluar dari kantung aku lebih kurang 1.5 liter. size cyst aku dalam lebih kurang 10 x 8 cm. ambil masa dalam 4/5 hari untuk keluarkan 1.5 lite darah tu.

tube tu mase pasang,doc bius kan. tapi bila nak cabut tube tu, ya ampunnnnn. doc tak bius wehh . bagi korang yg akan jalani pig tail prosedur ni,selamat merasa lah ! haha. aku tak nak cerita. nanti korang seram . hahahaha.

overall, kalau boleh elak buat laparotomy, lebih baik elak. better buat pig tail insertion/ dia low risk. tapi lebih baik minta rujukan dan panduan dari doc yang mana terbaik. sebab majority ovarian cyst ni adalah recurrent selagi kita punya haid dan rahim . 

semoga pengalaman aku ni sedikit sebanyak dapat membantu korang utk persediaan melalai prosedur ni . 

No comments:

Post a Comment