Saya ingin berkongsi kebaikan menggunakan Produk Shaklee. Saya juga ingin berkongsi pengalaman sela

Saturday, December 30, 2017

VITAMIN UNTUK TAMBAH DARAH

tahu tak wanita lebih cenderung untuk mengalami anemia kerana kekurangan zat besi ? Dalam sehari, wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. ketika kedatangan haid misalnya,kehilangan zat besi akan bertambah untuk satu miligram (mg) lagi.

umumnya , apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sell merah akan berkurangan. hemoglobon adalah transporter oksigen dan zat untuk ke seluruh badan. otak memerlukan zat dan oksigen yang cukup untuk berfungsi pada tahap optimum.

Antara penyebab kekurangan darah : 



    • Kehilangan darah yang disebabkan pendarahan haid yang berlebihan, radang perut, kanser kolon dan usus, atau fibroid rahim.
    • Kehamilan disebabkan peningkatan isipadu darah ibu mengandung bagi memenuhi keperluan pertumbuhan fetus.
    • Ketidakupayaan badan untuk menyerap zat besi disebabkan gangguan pada usus


    Gejala penyakit kurang darah 

    • Pucat
    • Rasa letih lesu dan tidak bermaya
    • Sentiasa rasa pening
    • Rasa pitam bila bangun (sakit kepala/pening)
    • Kebas/sejuk kaki dan tangan
    • Rasa mengah dan berdebar-debar (sesak nafas)
    • Degupan jantung laju
    • Kuku mudah rapuh
    Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit kurang darah merah boleh dikelaskan kepada beberapa kategori mengikut kadar hemoglobin dalam darah:
    • Normal (tiada anemia) ~ lebih dari 11
    • Sederhana ke Normal ~ 9.5 – 11
    • Sederhana ~ 8 – 9.5
    • Merbahaya ~ 6.5 – 8
    • Membawa Maut ~ kurang dari 6.5


    1) Vita-lea Iron Formula
    Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat besi

    2) B Complex (lengkap dgn asid folik) 
    Vitamin B12 mencegah anemia manakala B5 dan B6 membantu untuk penghasilan sel darah merah

    3) Sustained Release Vita C
    Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi dengan lebih berkesan.




    nak order vitamin ? 

    👉 017-7413076
    ready stock 💚 COD area pasir gudang ðŸ’š pengeposan seluruh malaysia

    Tuesday, November 7, 2017

    CARA MERAWAT BATU KARANG SECARA SEMULAJADI DAN PUNCA BATU KARANG

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang,

    Nov 2017 ahmad diuji dengan sakit batu karang. 

    batu karang boleh terjadi pada buah pinggang dan di pundi kencing.

    batu karang pada buah pinggang

    batu karang boleh terbentuk di bahagian buah pinggang sebelum ianya bergerak ke pundi kencing.



    batu karang dalam pundi kencing



    kebiasaannya punca pembentukan batu karang dikaitkan dengan :

    • CARA PEMAKANAN
    • KURANG AIR DALAM BADAN
    • SEJARAH KELUARGA \ DIRI SENDIRI
    • UMUR - kes batu karang paling tinggi dalam lingkungan umur 20-70 tahun
    • JANTINA -  lelaki lebih mudah mengalami batu karang
    • KESAN SAMPINGAN UBAT
    • KURANG AKTIF
    TETAPI , berdasarkan pengalaman yang dilalui , dan dari pemerhatian saya , punca si ahmad mengalami batu karang adalah kerana :

    1. PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT - si ahmad ni suka sangat minuman bergas dan makanan yg diproses contohnya nugget dan sosej.
    2. KURANG AIR DALAM BADAN - walaupun si ahmad merasakan dia dah minum cukup air, hakikatnya ahmad perlu lebih dar 4.5L air sehari.
    rujukan pengambilan air bagi keperluan badan


    serangan sakit batu karang datang secara tiba-tiba. ahmad terjaga dari tidur, terus rasa sakit.katanya duduk tak kene , berdiri tak kene, baring tak kene , senang kata serba serbi tak kene lah.

    balik rumah , rasa macam sakit perut, macam cirit-birit tapi bila ketandas, keluarnya tidak. terasa sakit di bahagian abdomen kiri , rasa yang berdenyut-denyut katanya.

    sebenarnya antara symptom-symptom batu karang adalah

    • KENCING TIDAK LAWAS
    • RASA SAKIT DIBAHAGIAN ABDOMEN KIRI\KANAN\ BELAKANG
    • KENCING BERDARAH
    • AIR KENCING BUSUK \BERPASIR
    • RASA PEDIH KETIKA KENCING
    setelah didiagnose batu karang oleh doctor, ahmad diberikan ubat ANTIBIOTIC, BATU KARANG (utk pecahkan batu) , URAL, dan TAHAN SAKIT. 

    tapi , kita boleh juga cuba alternatif lain , contohnya

    • LOBAK PUTIH - blend lobak putih bersama timun dan celary, minum jusnya seminggu 2 kali
    • EPAL HIJAU - blend epal hijau 4 biji (2 biji pagi,2biji ptg ), minum jusnya selama 5 hari berturut, pada hati ke 6, waktu makan malam , ambil 2 sudu olive oil bersama 1 gelas air suam bersama lemon. jangan makan mlm selepas jam 6
    • NENAS BATU - amalkan sebji sehari nenas batu, ia mampu menghancurkan batu karang
    • MINUM LEBIH AIR MINERAL - yang ni paling penting, kalau tak minum air , macam mana ia dapat membantu mengeluarkan batu karang tersebut ? biarlah kerap kali ke tandas daripada menanggung sakit yang berpanjangan.
    batu karang adalah penyakit berulang , jadi tidak mustahil untuknya datang kembali , oleh itu , jagalah PEMAKAN kita dengan sebaiknya. 













    Monday, November 6, 2017

    PUNCA BUNYI DENGUNG MASA DRIVE

    aku ni malas nak terangkan all the part and component ni .

    so aku bagi seringkas yang mungkin lah ye .

    ni panduan bagi pengguna myvi.

    kalau kau orang tengah speeding tu , ade dengar mcm bunyi dengung , mcm dengung tayar pon ye jugak, tu berkemungkinan bearing yang problem.bearing myvi skali dengan abs so kat situ harga kalau tukar dalam RM250

    tapi aku ni , nak murah , pergi kedai half-cut , dapat harga RM50.

    install pulak kat bengkel member, bagila duit kopi ke , kopi o ke . 

    jimat kan ? so ni untuk kau orang agak kos repair dia jelah . 

    BILA DRIVE KERETA RASA MELAYANG

    Pernah tak bila drive , lalu jalan yang tak rata rasa mcm membuang ? 

    sebenarnya ada banyak punca , first skali kereta bebas kemalangan tak ?

    kalau bebas kemalangan , kebanyakan pomen akan kaitkan dengan lower arm , steering rack , top mounting dan beberapa part lain. 

    macam kes aku ni , lower arm out, mounting out, both dah tukar still rasa melayang kalau jalan tak rata .

    selepas 2 bulan eksiden kene langgar moto kat tayar belakang, tayar belakang makan bahagian dalam tau. dah sampai nampak benang ! so pergi tukar tayar, abg bengkel tu cakap axle dah bengkok sbb tu tayar makan dalam . 

    jadi, nak tukar baru , tanya kedai spare part all in dalam RM350 . kebetulan masa tu bearing pon dah nak start bunyi. so , pergi kedai half cut, dapat harga RM300 siap pasang. 

    lepas tukar axle blakang ni , terus rasa kemas je kalau lalu jalan tak rata. nk layan corner pon sodapppp. harap sedikit sebanyak info aku ni membantu kau orang la ye .


    Friday, October 27, 2017

    TANDA TANDA KEROSAKAN LOWER ARM

     ASSALAMUALAIKUM ! HAAA zaman sekarang semua benda nak google kan . tapi tak mengapalah . zaman sekarang semuanya dihujung jari . sebenarnya semalam aku dah taip panjang lebar tapi bila save to draft, non hadooo pulak . terpaksa lah aku typing lagi skali .

    so seringkas mungkinlah aku terangkan sebb malas nak mengarang .

    bagaimana nak kenal pasti kerosakan pada lower arm ? ni pengalaman aku lah yg menggunakan perodua myvi . dan kos baik pulih ni untuk yg harga tahun 2017.

    kebanyakan orang mengatakan apabila kite membelok atau melalui jalan selekoh , kite rasa steering atau keadaan tindakbalas kereta seperti "membuang " . tapi pada pengalaman aku , bila aku membelok pada jalan yang tidak rata m seolah olah steering aku longgar . orang kata mcm ular kene ketuk . macam gewang pon ye jugak .

    so , aku beli je barang kat spare part , harga untuk 1 barang rm70 . so dah alang alang tukar , aku tukar ke duanya


    Wednesday, June 21, 2017

    CYST : RAWATAN ALTERNATIF OVARIAN CYST

    First entry untuk 2017 . 

    nak cerita sikit berkenanaan ovarian cyst ni . macam dalam entry sebelum ni , aku memang ade ovarian cyst dan telah melakukan pembedahan pada januari 2015 .

    sepanjang tahun 2015 dan 2016 aku berulang alik ke hospital pakar boleh dikatakan hampir setiap bulan ! 

    tahun 2017 aku berehat dari merujuk pakar , ternyata langkah aku silap . hampir setiap hari aku terasa sakit, berdenyut dan tak selesa di bahagian ari-ari / rahim . pergi check kat klinik , rupanya ...... dah membesar hampir 5.5cm dan ade 3 ketul lagi yang sizenye 4cm lebih kurang . doc memang suggest untuk aku refer kembali kepada pakar (kalau refer pakar, confirm kene belah skali lagi), tapi selepas perbincangan aku dan suami , kami decide untuk mencuba rawatan alternatif .

    pernah makan peria katak ? orang kata elok untuk mengecilkan ovarian cyst . tapi tiada bukti yang sahih cume khabar angin . tapi aku tak terkecuali untuk mencuba . ternyata selepas 2 minggu berturut aku minum jus peria , tiada lagi rasa denyut dan kurang selesa pada rahim aku.

    nak tahu macam mana aku buat jus peria katak tu ? aku campurkan dengan sebji epal hijau yang dibuang biji dan kulitnya . (buang kulit sbb tak nak jus terlalu berserat )

    ambil sebiji peria katak , dan sebiji epal dibuang kulit serta biji , potong kecil dan masukkan air lebih kurang 30ml . tapi kalau tak tau 30ml tu banyak mana , korang boleh letak air paras - paras peria katak tu . 

    sumber gambar dari Google

    kalau tengok pada gambar tu macam kurang berserat kan ? yang aku lebih banyak serat sebab aku tak tapis . blend , trus minum .rasanya okey skit .kalau malas nak blend jus setiap malam , lebihkan sedikit air jadi korang akan dapat kuantiti untuk 2 gelas . satu untuk terus minum , satu lagi boleh umtuk diminum keesokan harinya . 


    tapi perlu diingat , peria boleh menurunkan kadar gula dalam darah , jadi kalau ada darah rendah , kurangkan kuantiti atau skala pengambilan . ambil selang satu hari atau selang 2 hari . yang penting perlu berterusan .

    selain dari peria , makanan yang bagus untuk merawat ovarian cyst adelah buah betik dan nenas

    selain dari tu :

    makanan yang digalakkan :

    betik 
    nenas
    ubi kayu
    kekacang (tetapi bukan soya)
    sayuran hijau
    kekacang hijau
    ikan yang isi putih seperti
    ikan bawal putih
    tenggiri
    kerisi
    ikan merah

    makanan yang dielakkan :
    kacang soya
    cendawan
    makanan segera
    kicap
    ayam
    daging mentah
    ikan keli
    ikan kolam