nak cerita sikit berkenanaan ovarian cyst ni . macam dalam entry sebelum ni , aku memang ade ovarian cyst dan telah melakukan pembedahan pada januari 2015 .
sepanjang tahun 2015 dan 2016 aku berulang alik ke hospital pakar boleh dikatakan hampir setiap bulan !
tahun 2017 aku berehat dari merujuk pakar , ternyata langkah aku silap . hampir setiap hari aku terasa sakit, berdenyut dan tak selesa di bahagian ari-ari / rahim . pergi check kat klinik , rupanya ...... dah membesar hampir 5.5cm dan ade 3 ketul lagi yang sizenye 4cm lebih kurang . doc memang suggest untuk aku refer kembali kepada pakar (kalau refer pakar, confirm kene belah skali lagi), tapi selepas perbincangan aku dan suami , kami decide untuk mencuba rawatan alternatif .
pernah makan peria katak ? orang kata elok untuk mengecilkan ovarian cyst . tapi tiada bukti yang sahih cume khabar angin . tapi aku tak terkecuali untuk mencuba . ternyata selepas 2 minggu berturut aku minum jus peria , tiada lagi rasa denyut dan kurang selesa pada rahim aku.
nak tahu macam mana aku buat jus peria katak tu ? aku campurkan dengan sebji epal hijau yang dibuang biji dan kulitnya . (buang kulit sbb tak nak jus terlalu berserat )
ambil sebiji peria katak , dan sebiji epal dibuang kulit serta biji , potong kecil dan masukkan air lebih kurang 30ml . tapi kalau tak tau 30ml tu banyak mana , korang boleh letak air paras - paras peria katak tu .
![]() |
sumber gambar dari Google |
kalau tengok pada gambar tu macam kurang berserat kan ? yang aku lebih banyak serat sebab aku tak tapis . blend , trus minum .rasanya okey skit .kalau malas nak blend jus setiap malam , lebihkan sedikit air jadi korang akan dapat kuantiti untuk 2 gelas . satu untuk terus minum , satu lagi boleh umtuk diminum keesokan harinya .
tapi perlu diingat , peria boleh menurunkan kadar gula dalam darah , jadi kalau ada darah rendah , kurangkan kuantiti atau skala pengambilan . ambil selang satu hari atau selang 2 hari . yang penting perlu berterusan .
selain dari peria , makanan yang bagus untuk merawat ovarian cyst adelah buah betik dan nenas .
selain dari tu :
makanan yang digalakkan :
betik
nenas
ubi kayu
kekacang (tetapi bukan soya)
sayuran hijau
kekacang hijau
ikan yang isi putih seperti
ikan bawal putih
tenggiri
kerisi
ikan merah
makanan yang dielakkan :
kacang soya
cendawan
makanan segera
kicap
ayam
daging mentah
ikan keli
ikan kolam