Saya ingin berkongsi kebaikan menggunakan Produk Shaklee. Saya juga ingin berkongsi pengalaman sela

Thursday, October 22, 2015

IUI

Rajin nak update blog sebab aku kerja night shift and i've got complaint that i went to sleep earlier than i should have.

so, nak bagi mata ni terus terbukak,meh aku story skit pasal iui dan ape kene mengena iui ni dengan aku .

so, iui ni adalah (Intrauterine insemination) yg bermaksud Inseminasi dalam rahim iaitu rawatan kesuburan yang melibatkan meletakkan sperma dalam rahim wanita untuk memudahkan persenyawaan. Matlamat IUI adalah untuk meningkatkan jumlah sperma yang sampai ke tiub fallopio dan seterusnya meningkatkan peluang persenyawaan.

cara utk iui dilakukan ....







atau dengan gambaran yg lebih jelas, seperti gambar kat bawah. dimana sperma dimasukkan menggunakan catheter dan berlaku persenyawaan . (kalau berlaku lah )


nampak macam tak sakit ek ?



aku diberitahu oleh doc bahawa chances procedur IUI ni utk berjaya hanyalah 20% ! DIULANGI , 20 % !! tp itu bagi pasangan yg normal....maksud "normal" tu , yg dah kawen 5@6 tahun, tak de masalh kesuburan, ketumbahan atau bende lain . so, doc tak bagi aku berharap sangat.cuma ikhtiar dan tawakal.

so , aku sertakan skali graph kerberkesanan dan keberjayaan pasangan yg pernah buat IUI .





semakin meningkat umur, peratusan utk berjaya pon berkurang.sbb tu doc suggest aku buat awal awal


sekarang ni apa masalah aku yg sebenar ? sperti didalam entry aku sbelum ni, aku di diagnose ade ovarian cyst yg diameter dah cecah lebih kurang 8cm. ade 3...aku dah buat pembedahan utk buang 2 daripadanya memandangkan 1 lagi tu masih kecik (lingkungan 2cm).

knp tak buang skali yg kecik tu ?aku tak de jawapan tu. uols kene tanya doc. aku buat kat hospital kerajaan jer. dan umum utk kita ketahui , klu ketumbuhan tu less than 5cm, doc tak layan ko utk buang okeyh ! 

so, slepas aku buat pembedahan utk buang 2 cyst aku tu pada bulan januari 2015, aku amik lucrin selama 5 bulan (normal 6 bulan tp aku skip last appointment). kenapa amik lucrin ? dan lucrin tu utk apa ? secara ringkasnya, utk kecut atau matikan cyst yg tinggal tu.

after 10 month , aku buat check up utk scan , tgk balik ade lagi tak cyst yg lebih kurang 2cm tu...dan nasib tak baik , cyst tu masih ada...so, doc cadangkan aku utk amik pil hormon, atau IUI....so far, aku rasa mcm nak buat IUI since aku punya tube sebelah kanan mmg tersumbat kan ....dan aku bukanlah seorang yg aktif...

buat sementara waktu ni, doc nak pantau haid aku dlu sama ada tertur atau tak . so , next appoinmnt aku will be on january 2016... until now, there is nothing i can do selain dari cuba utk berubat kampung....tp smpai sekarang , setakat ni aiu xde lagi berubat cara kg....cume aku pernah la berurut...dan makcik tu ckp rahim aku jatuh...

so, itu ajela cerita aku buat masa ni....

harap bermanfaat la sedikit info utk uols.

















TRIP TO HAT YAI




 ASSALAMUALAIKUM !

salam bulan kemerdekaan . merdeka kah kita ?

ok . entry kali ni aku nk story pasal trip ke thailand...

kami pergi naik kereta . dari kuantan ke kota bharu,kelantan  amik masa dlm 3@4 jam . depend on kelajuan kite . mcm aku, gerak dr kuantan jam 3 , smpai kelantan jam 7. itupon singgah minum petang kat area kg raja .

first stop kami . ade satay,keropok lekor,abc,pisang goreng,sotong celup tepung harga jangan tanya .

sampai je di kota bharu, kami bermalam satu mlm kat sana . check in di renaissance hotel.bersebelahan dengan mall ape ntah . aku lupe .

kemudahan kat hotel ni  iron, hair dryer,peti ais n etc. ade bath tub. 

kami amik bilik connecting room . so satu bilik tu ade quen bed, and another one quen n single bed.






konon berangan esk pagi leh terjun dr luar tingkap, tp tak sempat. ok gurau ! hahaha

anak dara sulung sebelah suami aku . kaki gambo. asek "de,amik gambar wina"
adesss. layankan jela. hihi


jam 8 pagi kami dah check out, then pergi sarapan kat the most famous "kopitiam kita" .

nasi tumpang ni dalamnya nasi dan lauk .

roti ape ntah namanya . tp serius sedap ! should try .

nasi tumpang 
selepas dah isi perut, kami pon mulakan perjalanan utk ke rantau panjang, sungai golok dan seterusnya.

kat rantau panjang, isi minyak penuh2 . sbb kat thailand, minyaknya lenih kurang rm3.30 seliter !


sungai golok punya imigration atau erti kata lain, imigresen thailand
yg mana bawak kreta, doc lengkap kene la sediakn awl2. dia nka geran kreta yg ariginal, dan pasport pemandu .

then, kite dah cop, dah lepas, yeayyy ! dah masuk thailand. 

3 jam perjalanan daripada sungai golok ke hat yai . jangan risau .sign board banyak. 

jln kat sana sangatlah selesa. 2 line . mcm highway....bezanya, xde tol !
dr sungai golok lalu pattani then , hat yai . nk lebih jelas, sila google. hihi

sesampainya kat sana , hari dah gelap + hujan . kami lambat sbb banyak berhenti . tau jela kaum adam ni .skit skit nak berasap . 
suite room
bangunan tinggi tu lah temapt kami bermalam





kat sana , kami bermalam di the regency hotel . hotel ni mcm terletak di tgh tgh bandar . mcm area uptown mcm tu . so nak shopping mmg senang . depan hotel je . jalan skit, mcm mcm ad. 

Add caption

laki aku beriya suruh amik gambar bende alah ni ! hadoiii


Add caption








ini antara street food yg ade pada waktu mlam . tp sebenarnya banyak lagi . tp hati2...takot ade yg harommmm . huhu

selain dari tu, antara makanan lain yg masuk dlm perut aku :



aku sorang telan 2 trus ! sakit anak tekak aku . euwwww

rumpai laut yg dimakan bersama daun kaduk . ala2 somtam rasanya
hujan ? susah nak masuk dlm kedai ? no worries. pembantu kedai boleh jemput dengan big umbrella !





kat sana tak de lah berjalan sangat . boleh kire dengan jari. floating biat pon tak pergi , kami cume pergi mall dia , night market which is known as "asean night market", samila beach kat songkhla. 

yg mall dia tu(mall terbesar kat situ), kami pergi naik "tuk tuk " which is amik masa lebih kurang 30 minit perjalanan . ade disediakan free shuttle . tp take time la dalm 45 minit nak sampai . sbb dia akan stop banyak tempat . klu nak cepat sampai , kene la deal sendiri dengan abang tuk tuk tu . kene la bayar . 

tuk tuk line up depan hotel . kami sewa 3 tuk tuk for 5 family . harga ? jangan tanya.


ni la tempat nak tunggu tuk tuk yg free tu. 

yg ni plak, waktu shuttle tuk tuk . kat pintu masuk mall tu ade. klu nak senang, tanya je security guard dia

kat dlm mall tu ade bende alah ni . brape per entry ? jangan tnya .


owhh ya . nama mall tu central ! selepas ke central, kami ke songkhla pulak . tak kemana sangat pon jenjalan  je sbb my fil n other few fren nak tgk pelabuhan kot. dr pantai samila tu boleh tengak port nya. masa ni aku dah cirit birit. so, mood bergambar kelaut . keluar kereta pon tak .amik gambar pon suh laki aku .

ade satu jalan tu, kat samila beach la, tepi jalan penuh dengan bunga matahari. cantik .


pantai dia super duper lawa. air hijau !
malamnya pula, kami ke night market . xde ape yg best pon . bju je . tu pon agak mahal bagi aku . ade 2 tingkat . tingkat atas mcm ala ala food court . 

oh ya . hotel yg kami duduk tu,ade sediakan pork . jd , kami bersarapan di hotel yg berdepan dengan regency which is centara hotel .



satu perkara lagi , kalau nak mudah , beli lah sim ais 3g . ade akses internet . mana nak dpt ? kedai telefon lah ! dlm mall ade . jgn risau .
simkad rm5, topp rm10 dpt akses internet. 

tengah mundar mandir depan mall, dtg abang ni bg no telefon . siap bgtau paker tour.
pakej 1 hari, pergi 7 tempat, utk sebiji kereta (honda city )harganya 1100 bath .to klu dr uptown tu nak pergi floating market je, dia amik 400 bath





nah aku belanja beberapa keping gambar lagi 

harganya 30 bath satu

nenas madu . sedap gilossss ! must try !


10 000 bath thai = seribu lebih duit kita

kat sini askar bersepah2. siap bawak senapang mcm tu je . sekatan jalan siap cctv kiri kanan depan blakang.tawakal jela nyawa tak ditarik disana

anak buah laki aku . tak ramai . 3 kerat je.


another tips semasa kat sana :

1) bawak ubat ubatan kita sendiri . mcm aku, kene plak cirit birit muntah 2. jangan kata bawak penadol je . bawak jugaklah ubat selesema ke, ubat demam (sbb cuaca sana tersangatlah panas , takot badan tak leh trima perubahan cuaca) , bawak ubat muntah,ubat cirit birit,minyak angin,air cap badak . sediakan dlm satu container, letak dalm bonet .

2)beli lah wet tisuu siap2 . sbb ad tandas yg xde pili air. takot tak menyempat ko nak terkencing ke, kang dah kencing, baru tercari2 air nak basuh . tak naya ? haha

3) perhatikan apa nak makna . halal ke x . sbb kat sana kan bukan semua silam . kadang macm restoren halal tp.......

4) aku duk tulis bulan aug,tp la ni baru nk publish . muehehehehe